Anugerah dan pingat kebesaran Adolf Hitler Kerjaya_Tentera_Adolf_Hitler

Fail:AHWWII.jpgTunik seragam kelabu Adolf Hitler, dipakai semasa Perang Dunia Kedua. Pingat Iron Cross, Lencana Cedera, dan Lencana Emas Parti adalah satu-satunya anugerah yang Hitler selalu pakai.

Pingat-pingat dari Perang Dunia I

  • Iron Cross, Kelas Kedua - 12 Februari 1915
  • Bavarian Cross of Military Merit, Kelas Ketiga berserta Pedang - 17 September 1917
  • Diploma Rejimen (Rejimen "List") - 5 Mei 1918
  • Lencana Cedera warna Hitam - 18 Mei 1918
  • Iron Cross, Kelas Pertama - 4 Ogos 1918
  • Bavarian Medal of Military Service, Kelas Ketiga - 25 Ogos 1918
  • Cross of Honor berserta Pedang - 13 Julai 1934 (dikurniakan secara retroaktif kepada semua veteran Perang Dunia I)

Selepas berakhirnya perang, satu-satunya pingat yang Hitler selalu pakai ialah Lencana Cedera dan Iron Cross Kelas Pertama.

Lencana Politik Parti Nazi

Lencana parti yang disenaraikan dibawah adalah yang diterima oleh Hitler dan kadangkala dipakai pada beberapa pakaian seragam partinya. Pada tahun 1936 susunan keutamaan telah ditetapkan,[46] tetapi menjelang tahun 1938 Lencana Emas Parti adalah satu-satunya beliau pakai secara tetap.

Eagle of Sovereignty Pin adalah pin lapel awam yang melambangkan pangkat Hitler sebagai Führer; Hitler dilihat memakai pin lapel ini untuk majlis-majlis sosial antara tahun 1933 dan 1935.

Anugerah Politik dikurniakan tetapi tidak dipakai

Hitler secara teknikal berhak memakai beberapa pingat kebesaran tambahan politik Parti Nazi dan mempunyai hak untuk memakai anugerah-anugerah tersebut pada pakaian seragamnya. Pingat-pingat yang disenaraikan dibawah secara teknikal dikurniakan kepada Hitler, tetapi tidak pernah ditunjukkan pada pakaian seragamnya.

Pingat kebesaran awam Jerman Nazi

Hitler tidak pernah memakai mana-mana pingat kebesaran awam Jerman, dan kebanyakannya tidak layak. Secara teknikal, Hitler telah dikurniakan German Olympic Decoration kerana berkhidmat sebagai tuan rumah pada Olimpik 1936, tetapi beliau tidak pernah pakai atau mengakui telah menerima anugerah ini.

Pingat kebesaran tentera Perang Dunia II

Pendirian Hitler terhadap pingat kebesaran Perang Dunia Kedua ialah kepimpinan Nazi adalah "sumber pengetahuan" dari mana anugerah itu telah diberikan. Orang atasan Nazi tidak perlu mengurniakan pingat dan anugerah tertinggi pada diri sendiri, tetapi sebaliknya perlu menyimpan pingat-pingat tersebut untuk gerakan generasi muda. Ini adalah persoalan antara Hitler dan Hermann Göring, yang cuba semasa Perang untuk mengumpulkan setiap pingat kebesaran tentera, awam, dan politik Jerman untuk dipakai pada pakaian seragam Luftwaffe. Keinginan Reichsmarschall Göring untuk mengumpul pingat mencapai klimaksnya pada tahun 1944, apabila Hitler menafikan beliau pingat Knight Cross of the War Merit Cross, yang mana Göring telah cuba mendapatkan untuk dirinya sebagai satu ganjaran bagi pelbagai perkhidmatan kerajaan dan tentera.

Hitler sendiri tidak pernah menerima pingat tentera tahap tertinggi Perang Dunia II, seperti Iron Cross 1939, Knight Cross of the Iron Cross, German Cross, atau War Merit Cross. Namun, dengan pelantikkan beliau sebagai Pemerintah Tertinggi Wehrmacht dan Panglima Tentera Darat, Hitler secara automatik layak untuk menerima pingat khidmat tentera, walaupun beliau tidak memakai anugerah tersebut atau mengakui haknya untuk dipakai.

Keseluruhannya, berikut adalah pingat tentera Perang Dunia II Hitler secara automatik yang dikurniakan secara default:

Hitler tidak layak menerima Eastern Front Medal kerana, walaupun beliau yang merancang kempen tersebut, beliau tidak menghabiskan masa yang cukup di garisan depan untuk mendapatkannya. Oleh kerana Plot 20 Julai, Hitler secara automatik layak untuk Lencana Cedera 20 Julai 1944 walaupun beliau tidak pernah memakai medal ini, sebaliknya memilih untuk memakai Lencana Cedera warna Hitamnya yang bertarikh dari Perang Dunia Pertama.